Kategori |
Layak
Mohon |
i.
Pertubuhan induk di Negeri Selangor dan tidak mempunyai cawangan
yang lain di Negeri Selangor |
Tunggal |
ii.
Pertubuhan induk di Negeri Selangor dan mempunyai lebih daripada
satu cawangan di Negeri Selangor |
Induk
sahaja |
iii.
Pertubuhan induk di luar Negeri Selangor dan mempunyai hanya
satu cawangan di Negeri Selangor |
Cawangan
sahaja |
iv.
Pertubuhan induk di luar Negeri Selangor dan mempunyai lebih
daripada satu cawangan di Negeri Selangor |
Cawangan
yang mendapat kebenaran dan disokong dari induk sahaja |
(3).
Melaksanakan program di Negeri Selangor selaras dengan bidang-bidang
keutamaan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
(4).
Matlamat,
objektif dan program pertubuhan itu hendaklah selari dengan pegangan
Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan dasar MAIS.
(5).
Pemegang Jawatan Utama Pertubuhan hendaklah warganegara Malaysia dan
beragama Islam.
(6).
Pertubuhan hendaklah mempunyai ahli berdaftar sekurang-kurangnya tiga
puluh (30) orang termasuk Pemegang Jawatan Utama pertubuhan;
(7).
Bukan pertubuhan bagi tujuan kebajikan kekeluargaan tertentu;
(8).
Bukan pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta
550];
(9).
Bukan pertubuhan yang ditubuhkan bagi maksud menubuhkan sekolah Islam
di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah Islam (Negeri
Selangor) 1988;
(10).
Pertubuhan tidak berorientasikan keuntungan;
(11).
Pertubuhan hendaklah membuka dan mengendalikan akaun berdasarkan perbankan
Islam di mana-mana bank atas nama pertubuhan
itu;
(12).
Bukan parti politik; dan
(13).
Pertubuhan tidak terlibat dengan kegiatan politik kepartian
*Pertubuhan tidak boleh menyatakan sokongan kepada mana-mana parti
politik. Jika terdapat agenda mana-mana parti politik yang memberi
manfaat kepada agama dan umat Islam, pertubuhan boleh menyatakan sokongan
kepada agenda berkenaan tanpa menyatakan sokongan kepada parti politik
yang berkaitan.
B.Tatacara
Permohonan Penyertaan
(1). Pertubuhan hendaklah mengisi borang permohonan yang ditetapkan
oleh MAIS.
(2).
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pertubuhan
Islam Bukan Kerajaan MAIS.
(3).
Pertubuhan
perlu menyatakan butiran yang jelas berkaitan tujuan membuat permohonan
untuk menyertai PIBK.MAIS.
(4).
Pertubuhan hendaklah menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti
berikut:
a)Salinan
ketetapan pertubuhan yang menyatakan persetujuan dan tujuan permohonan
penyertaan PIBK.MAIS mengikut apa-apa kaedah
yang ditetapkan dalam instrumen penubuhan pertubuhan itu termasuklah
minit mesyuarat, resolusi atau lain-lain ketetapan
bertulis yang telah disahkan oleh ahli-ahli mesyuarat pertubuhan;
b)Profil
pertubuhan yang mengandungi perkara-perkara berikut:
i.Salinan
sijil pendaftaran pertubuhan yang disahkan oleh agensi yang mendaftarkan
pertubuhan itu;
ii.Nama,
logo, alamat operasi dan alamat surat-menyurat pertubuhan;
iii.Latar
belakang, matlamat, visi, misi dan objektif pertubuhan;iv.Jenis
kepakaran pertubuhan;
v.Carta
organisasi pertubuhan (berserta gambar Ahli Jawatankuasa);
vi.Biodata
ringkas Ahli Jawatankuasa pertubuhan;
vii.Senarai
nama dan jumlah ahli pertubuhan;
viii.Senarai
nama, jumlah dan bidang kemahiran sukarelawan;
ix.
Maklumat
berhubung (senarai) program utama dan pengkhususan program pertubuhan;
x.
Laporan program pertubuhan berserta gambar berwarna sepanjang tempoh
dua tahun mengikut format yang ditetapkan;
xi.Senarai
kumpulan sasaran program pertubuhan
xii.Salinan
dasar & peraturan yang disahkan; (Perlembagaan/ Surat Ikatan Amanah/
Memorandum)
xiii.Penyata
akaun perbankan Islam pertubuhan; dan
xiv.
Tiga salinan
c)Setelah
menerima sesuatu permohonan, mana-mana pegawai yang ditetapkan oleh
MAIS boleh membuat siasatan bagi memastikan
kesahan maklumat yang diberikan dalam permohonan itu. Tiap-tiap siasatan
hendaklah dijalankan secara dan setakat
yang difikirkan wajar oleh MAIS.
d)Jawatankuasa
berhak untuk tidak meluluskan permohonan untuk menyertai PIBK oleh
mana-mana pertubuhan yang memberikan maklumat palsu dalam permohonan
atau enggan memberikan kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.
e)Jawatankuasa
boleh meluluskan permohonan mana-mana pertubuhan untuk menyertai PIBK
setelah berpuas hati bahawa pertubuhan itu telah memenuhi syarat-syarat
seperti dalam Garis Panduan dan lain-lain ketetapan yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa.
f)Jawatankuasa
mempunyai budi bicara untuk menentukan tempoh penyertaan mana-mana
pertubuhan dalam PIBK
g)Apa-apa
keputusan Jawatankuasa berhubung dengan permohonan menyertai PIBK
adalah muktamad.
C. Perakuan
Penyertaan Setiausaha
Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan satu perakuan penyertaan PIBK
bagi setiap permohonan yang diluluskan oleh Jawatankuas
D. Pemakluman
Pindaan Dasar atau Perlembagaan
(1).
PIBK hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa
dalam tempoh masa 14 hari bekerja, butiran pindaan pertubuhan, keanggotaan,
struktur organisasi dan alamat PIBK yang telah diluluskan oleh agensi
pendaftaran dengan mengemukakan butiran pindaan terkini yang telah
disahkan oleh agensi pendaftaran.
(2) Setiausaha
Jawatankuasa boleh merekodkan pindaan atau mengeluarkan perakuan pindaan
yang berkaitan kepada PIBK itu, jika berpuas hati dengan butiran pindaan
yang dikemukakan oleh mana-mana PIBK.